{"id":49447,"date":"2026-03-05T15:30:23","date_gmt":"2026-03-05T15:30:23","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/03\/05\/risikan-dua-bulan-imigresen-berhasil-sindiket-manipulasi-permohonan-pembantu-rumah-asing-di-johor-tumpas\/"},"modified":"2026-03-05T15:30:23","modified_gmt":"2026-03-05T15:30:23","slug":"risikan-dua-bulan-imigresen-berhasil-sindiket-manipulasi-permohonan-pembantu-rumah-asing-di-johor-tumpas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/03\/05\/risikan-dua-bulan-imigresen-berhasil-sindiket-manipulasi-permohonan-pembantu-rumah-asing-di-johor-tumpas\/","title":{"rendered":"Risikan dua bulan Imigresen berhasil, sindiket manipulasi permohonan pembantu rumah asing di Johor tumpas"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">JOHOR BAHRU 5 Mac \u2013 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket yang memanipulasi sistem permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) serta menyalahgunakan kemudahan Sistem Maid Online (SMO) menerusi dua serbuan berasingan di sekitar negeri ini baru-baru ini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Serbuan yang dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama JIM Johor itu dilaksanakan hasil risikan dan pemantauan selama dua bulan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, dalam serbuan pertama pada 2 Mac lalu di Taman Setia Tropika, Johor Bahru, pasukan operasi menahan 11 warga asing terdiri daripada lapan wanita Thailand, dua wanita Vietnam dan seorang lelaki Vietnam.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurutnya, semakan awal mendapati sebahagian daripada mereka melakukan kesalahan tinggal lebih masa selain menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) serta Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) kategori PRA untuk bekerja sebagai pelayan di premis hiburan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cPasukan operasi turut menyita pasport asing, peralatan rakaman digital, telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM3,025 yang dipercayai hasil kegiatan tersebut.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cPremis berkenaan dipercayai menawarkan khidmat pelayan warga asing dengan bayaran serendah RM250 dan telah beroperasi kira-kira satu tahun,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Zakaria berkata, operasi kedua yang dijalankan pada 3 Mac di sekitar Batu Pahat, Skudai dan Johor Bahru pula berjaya menumpaskan sindiket yang menyalahgunakan kemudahan permohonan SMO.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Dalam serbuan itu, seramai lima wanita warga asing ditahan terdiri daripada empat warga Vietnam dan seorang warga Indonesia.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cTurut ditahan seorang lelaki warganegara tempatan yang dipercayai dalang utama sindiket,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurut beliau, siasatan mendapati sindiket berkenaan mengemukakan maklumat serta dokumen yang disyaki palsu bagi mendapatkan kemudahan PLKS kategori PRA untuk individu yang tidak memenuhi syarat kelayakan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSindiket ini dipercayai mengenakan bayaran RM6,000 bagi setiap individu.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKesemua yang ditahan telah dibawa ke Pejabat Imigresen Setia Tropika, Johor untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959\/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 termasuk Seksyen 6(3), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 56(1)(k),\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Tambahnya, beberapa warga tempatan turut diberikan notis untuk hadir membantu siasatan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Beliau menegaskan kejayaan dua operasi tersebut membuktikan JIM bukan sahaja mempergiat penguatkuasaan di lapangan, malah turut memantau secara digital bagi memastikan sistem imigresen negara tidak dimanipulasi oleh sindiket.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cJabatan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menyalahgunakan kemudahan imigresen negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14449\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14449<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR BAHRU 5 Mac \u2013 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket yang memanipulasi sistem permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) serta menyalahgunakan kemudahan Sistem Maid Online (SMO) menerusi dua serbuan berasingan di sekitar negeri ini baru-baru ini. Serbuan yang dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama JIM Johor itu dilaksanakan hasil [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":49446,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-49447","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/49447","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=49447"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/49447\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/49446"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=49447"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=49447"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=49447"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}