{"id":49451,"date":"2026-03-05T15:30:49","date_gmt":"2026-03-05T15:30:49","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/03\/05\/jdt-sasar-kekalkan-momentum-buru-tiket-suku-akhir-acle\/"},"modified":"2026-03-05T15:30:49","modified_gmt":"2026-03-05T15:30:49","slug":"jdt-sasar-kekalkan-momentum-buru-tiket-suku-akhir-acle","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/03\/05\/jdt-sasar-kekalkan-momentum-buru-tiket-suku-akhir-acle\/","title":{"rendered":"JDT sasar kekalkan momentum, buru tiket suku akhir ACLE"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">ISKANDAR PUTERI 5 Mac \u2013 Pengendali Johor Darul Ta&#8217;zim (JDT), Xisco Munoz mahu anak buahnya mengekalkan momentum serta mempamerkan permainan berintensiti tinggi menjelang aksi timbal balik pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025\/26 menentang Sanfrecce Hiroshima.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurutnya, perlawanan di Stadium EDION Peace Wing Hiroshima pada 11 Mac ini amat penting bagi memastikan skuad Harimau Selatan mara ke suku akhir kejohanan berprestij Asia itu.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKami berdepan lawan yang hebat dan penting untuk para pemain berehat serta cuba memulihkan keadaan fizikal bagi menghadapi perlawanan seterusnya,\u201d katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Terdahulu, JDT melakar kemenangan 3-1 ke atas La Viola pada aksi pertama pusingan 16 di Stadium Sultan Ibrahim di sini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Xisco turut memuji prestasi pemainnya yang disifatkan mempamerkan permainan bertaraf tinggi sekali gus menghadiahkan kemenangan penting buat kelab dan negara.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKemenangan ini sangat besar, bukan sahaja untuk kelab tetapi juga untuk negara kerana penting untuk mempamerkan prestasi bertaraf tinggi. Namun, kami perlu terus mengekalkan momentum,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Sementara itu, pengendali La Viola, Bartosch Paul Gauli yakin pasukannya masih berpeluang bangkit dalam aksi timbal balik di laman sendiri.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Mengakui intensiti serta kualiti yang dipamerkan JDT, beliau berkata pasukannya sudah menjangka cabaran tersebut namun percaya mampu menampilkan persembahan lebih baik pada perlawanan seterusnya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cSaya bangga dengan pasukan dan gembira kerana kami menjaringkan satu gol kerana saya fikir ia boleh memberi harapan kepada kami untuk perlawanan seterusnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14452\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14452<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ISKANDAR PUTERI 5 Mac \u2013 Pengendali Johor Darul Ta&#8217;zim (JDT), Xisco Munoz mahu anak buahnya mengekalkan momentum serta mempamerkan permainan berintensiti tinggi menjelang aksi timbal balik pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025\/26 menentang Sanfrecce Hiroshima. Menurutnya, perlawanan di Stadium EDION Peace Wing Hiroshima pada 11 Mac ini amat penting bagi memastikan skuad Harimau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":49450,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-49451","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/49451","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=49451"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/49451\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/49450"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=49451"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=49451"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=49451"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}