{"id":49491,"date":"2026-03-06T11:41:13","date_gmt":"2026-03-06T11:41:13","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/03\/06\/pengusaha-restoran-mamak-tertekan-isu-asrama-pekerja-asing-perlu-penyelesaian-segera-presma\/"},"modified":"2026-03-06T11:41:13","modified_gmt":"2026-03-06T11:41:13","slug":"pengusaha-restoran-mamak-tertekan-isu-asrama-pekerja-asing-perlu-penyelesaian-segera-presma","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/03\/06\/pengusaha-restoran-mamak-tertekan-isu-asrama-pekerja-asing-perlu-penyelesaian-segera-presma\/","title":{"rendered":"Pengusaha restoran mamak tertekan, isu asrama pekerja asing perlu penyelesaian segera &#8211; PRESMA"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">GOMBAK 6 Mac \u2013 Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menggesa penyelesaian segera terhadap isu pekerja asing dan pelaksanaan Akta 446 yang disifatkan semakin membebankan pengusaha restoran, khususnya di Selangor.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Presidennya, Datuk Mohamed Mosin Abdul Razak berkata, antara cabaran utama yang dihadapi ahli persatuan ialah kesukaran mendapatkan kelulusan berkaitan penginapan pekerja asing seperti yang ditetapkan di bawah Akta 446 Jabatan Tenaga Kerja (JTK).<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurutnya, akta tersebut menetapkan keperluan sijil penginapan yang memerlukan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), namun prosesnya didakwa rumit serta melibatkan kos yang tinggi.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Katanya, pengusaha restoran perlu menyediakan pelbagai dokumen selain menukar status premis, contohnya daripada rumah pejabat kepada hostel, yang memerlukan bayaran perancang dan kerja penambahan struktur.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Beliau berkata, peningkatan kos tersebut akhirnya memberi kesan kepada harga makanan yang ditawarkan kepada pengguna.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cPengusaha restoran mamak sering dikritik mengenai harga makanan, namun sebenarnya kami berusaha mengurangkan margin keuntungan bagi memastikan harga kekal berpatutan. Jika kos operasi meningkat, ia tetap memberi kesan kepada harga,\u201d katanya dalam sidang media sempena program Ihya Ramadan dan Iftar di sini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Dalam masa sama, Mohamed Mosin berkata PRESMA tidak menolak sebarang peraturan kerajaan, namun berharap proses pelaksanaan dapat dipermudahkan agar tidak membebankan pengusaha.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor yang berjanji untuk berbincang dengan PBT berkaitan bagi mencari kaedah memudah cara proses yang melibatkan Akta 446.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Terdahulu, PRESMA berjaya menganjurkan program Ihya Ramadan dan Iftar yang memberi manfaat kepada seramai 1,000 penerima serta 50 anak istimewa.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Dalam program tersebut, seramai 1,000 penerima menerima bakul rahmah manakala 50 anak istimewa menerima sumbangan duit raya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Mohamed Mosin turut merakamkan penghargaan kepada penaja utama termasuk Nestle, Jasmine Food dan Menteri Besar Incorporated (MBI) atas sumbangan kotak makanan, produk serta 1,000 kampit beras bagi menjayakan program berkenaan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Beliau berharap kerjasama seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan bagi membantu lebih ramai golongan memerlukan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">PRESMA kini mempunyai kira-kira 2,300 ahli berdaftar dengan sekitar 11,000 cawangan restoran di seluruh Semenanjung Malaysia dan akan terus komited menjalankan program kebajikan serta menyuarakan isu yang dihadapi pengusaha restoran kepada pihak berkuasa.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Selain program Ramadan, persatuan itu juga aktif dalam misi bantuan bencana seperti banjir dengan menyediakan dapur bergerak serta bantuan makanan kepada mangsa terjejas.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14472\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14472<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>GOMBAK 6 Mac \u2013 Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menggesa penyelesaian segera terhadap isu pekerja asing dan pelaksanaan Akta 446 yang disifatkan semakin membebankan pengusaha restoran, khususnya di Selangor. Presidennya, Datuk Mohamed Mosin Abdul Razak berkata, antara cabaran utama yang dihadapi ahli persatuan ialah kesukaran mendapatkan kelulusan berkaitan penginapan pekerja asing seperti yang ditetapkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":49490,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-49491","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/49491","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=49491"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/49491\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/49490"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=49491"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=49491"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=49491"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}