{"id":49503,"date":"2026-03-06T15:48:54","date_gmt":"2026-03-06T15:48:54","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/03\/06\/1-9-juta-pekerja-malaysia-underpaid-kerja-tak-sepadan-kelayakan\/"},"modified":"2026-03-06T15:48:54","modified_gmt":"2026-03-06T15:48:54","slug":"1-9-juta-pekerja-malaysia-underpaid-kerja-tak-sepadan-kelayakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/03\/06\/1-9-juta-pekerja-malaysia-underpaid-kerja-tak-sepadan-kelayakan\/","title":{"rendered":"1.9 juta pekerja Malaysia \u2018underpaid\u2019, kerja tak sepadan kelayakan"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">KUALA LUMPUR 6 Mac &#8211; Trend peningkatan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran di Malaysia menimbulkan persoalan mengenai kedudukan sebenar pasaran buruh negara walaupun kadar pengangguran mencatatkan paras terendah dalam tempoh sedekad.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurut penganalisis, kadar pengangguran negara menurun kepada 2.9 peratus pada akhir 2025, namun situasi itu tidak semestinya mencerminkan kekuatan sebenar pasaran pekerjaan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Keadaan tersebut menunjukkan banyak pekerjaan yang diwujudkan tidak sepadan dengan tahap kemahiran atau kelayakan pekerja, sekali gus menyebabkan sebahagian daripada mereka menerima gaji lebih rendah berbanding tahap pendidikan dimiliki.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurut AmBank Group, statistik menunjukkan jumlah guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran terus meningkat dan kini melebihi 1.9 juta pekerja sejak suku pertama 2023.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Jumlah itu hampir empat kali ganda berbanding bilangan penganggur yang direkodkan pada Disember 2025 iaitu sekitar 517,900 orang.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Dalam masa sama, guna tenaga tidak penuh berkaitan masa pula menunjukkan penurunan secara konsisten, selari dengan penurunan kadar pengangguran.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurut AmBank, keadaan itu menunjukkan pekerja yang mahu bekerja lebih masa berjaya mendapatkan tambahan waktu kerja, kemungkinan besar disebabkan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Bagaimanapun, mereka masih berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan yang benar-benar sepadan dengan kelayakan atau kemahiran dimiliki.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKeadaan ini menonjolkan ketidakpadanan struktur antara penawaran dan permintaan tenaga buruh, yang turut menjadi salah satu faktor mengapa pertumbuhan penggunaan swasta tidak seteguh sebelum pandemik,\u201d menurut nota penyelidikan AmBank.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Walaupun ekonomi negara menunjukkan pertumbuhan yang kukuh, inflasi terkawal dan kadar pengangguran rendah, tidak semua pekerja merasai manfaat pertumbuhan tersebut.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">AmBank berpandangan situasi ini mungkin menjadi antara sebab kerajaan memberi tumpuan kepada langkah mengurangkan tekanan kos sara hidup berbanding memperkenalkan lebih banyak dasar penciptaan pekerjaan yang sepadan dengan kemahiran.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurut bank itu, pasaran buruh Malaysia boleh dianggap unik kerana dilihat kukuh dalam jangka pendek, namun masih berdepan kelemahan dari sudut struktur dalam jangka panjang.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Kadar penyertaan tenaga buruh yang tinggi serta pengangguran rendah memberi gambaran pasaran pekerjaan yang stabil, namun peningkatan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran menunjukkan wujudnya ketidakseimbangan antara keperluan industri dan kelayakan tenaga kerja.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14479\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14479<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR 6 Mac &#8211; Trend peningkatan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran di Malaysia menimbulkan persoalan mengenai kedudukan sebenar pasaran buruh negara walaupun kadar pengangguran mencatatkan paras terendah dalam tempoh sedekad. Menurut penganalisis, kadar pengangguran negara menurun kepada 2.9 peratus pada akhir 2025, namun situasi itu tidak semestinya mencerminkan kekuatan sebenar pasaran pekerjaan. Keadaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":49502,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-49503","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/49503","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=49503"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/49503\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/49502"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=49503"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=49503"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=49503"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}