{"id":55186,"date":"2026-03-31T17:15:36","date_gmt":"2026-03-31T17:15:36","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/03\/31\/kos-naik-hingga-61-peratus-lebih-3000-pesawah-kelantan-mungkin-tak-tanam-padi-musim-ini\/"},"modified":"2026-03-31T17:15:36","modified_gmt":"2026-03-31T17:15:36","slug":"kos-naik-hingga-61-peratus-lebih-3000-pesawah-kelantan-mungkin-tak-tanam-padi-musim-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/03\/31\/kos-naik-hingga-61-peratus-lebih-3000-pesawah-kelantan-mungkin-tak-tanam-padi-musim-ini\/","title":{"rendered":"Kos naik\u00a0hingga 61 peratus, lebih 3,000 pesawah Kelantan mungkin tak tanam padi musim ini"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">KOTA BHARU 31 Mac &#8211; Kenaikan mendadak kos penanaman padi dijangka menjejaskan pengeluaran hasil apabila lebih 3,000 pesawah di Kelantan berkemungkinan tidak mengusahakan sawah bagi musim pertama Jun depan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurut laporan Berita Harian, daripada keseluruhan kira-kira 7,000 pesawah di negeri itu, sebahagian besar kini berdepan dilema untuk meneruskan aktiviti penanaman susulan peningkatan kos yang mencecah sehingga 61 peratus.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Pengerusi Persatuan Pesawah Kelantan (PESAK), Zuha Ismail, berkata kenaikan itu berlaku susulan harga diesel yang meningkat mendadak.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Disebabkan itu, ramai pesawah bimbang untuk mengambil risiko bagi mengusahakan sawah kerana dikhuatiri tidak mampu menampung kos modal.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">&#8220;Ramai pesawah kini mengeluh dan menyuarakan kebimbangan untuk berdepan musim penanaman musim pertama padi pada Jun ini susulan kenaikan mendadak.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">&#8220;Banyak kenaikan berlaku termasuk kos membajak, diesel, racun dan baja. Jika sebelum ini, kos tanaman padi bagi setiap 0.4 hektar adalah RM1,550, namun kini meningkat antara RM2,300 hingga RM2,500.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">&#8220;Walaupun kerajaan memberi subsidi, ia tidak mencukupi dan saya jangkakan lebih 3,000 pesawah tidak akan menanam pada musim akan datang.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">&#8220;Sebaliknya ramai dalam kalangan kami menunggu pendekatan yang diambil kerajaan bagi membantu pesawah termasuk dengan menaikkan subsidi serta menaikkan harga pembelian padi,&#8221; katanya ketika dihubungi.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Mengulas lanjut, beliau berkata isu berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana melibatkan sektor keselamatan makanan negara.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">&#8220;Bayangkan jika sebelum ini pesawah mengusahakan lebih 26,000 hektar sawah di Kelantan, namun sekiranya lebih 3,000 pesawah mengambil keputusan tidak mengusahakan padi, ia akan memberi kesan besar kepada hasil padi pada musim akan datang.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">&#8220;Justeru, kita memohon supaya Kerajaan Pusat melakukan sesuatu dengan mengambil kira nasib pesawah yang semakin tertekan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">&#8220;Kita mohon pembelian padi dinaikkan kepada RM2,300 setan berbanding sekarang ini RM1,500. Itu belum dikira pemotongan padi sebanyak 25 peratus bagi setiap tan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">&#8220;Kami pesawah di Kelantan sudah empat musim iaitu dua tahun berdepan kerugian besar berikutan masalah bekalan air, namun kini terbeban dengan kos meningkat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14973\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14973<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BHARU 31 Mac &#8211; Kenaikan mendadak kos penanaman padi dijangka menjejaskan pengeluaran hasil apabila lebih 3,000 pesawah di Kelantan berkemungkinan tidak mengusahakan sawah bagi musim pertama Jun depan. Menurut laporan Berita Harian, daripada keseluruhan kira-kira 7,000 pesawah di negeri itu, sebahagian besar kini berdepan dilema untuk meneruskan aktiviti penanaman susulan peningkatan kos yang mencecah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":55185,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-55186","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/55186","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=55186"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/55186\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/55185"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=55186"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=55186"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=55186"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}