{"id":55220,"date":"2026-03-31T17:37:23","date_gmt":"2026-03-31T17:37:23","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/03\/31\/isu-pemandu-mabuk-perlu-pencegahan-berkesan-bukan-hukuman-mati-kasthuri\/"},"modified":"2026-03-31T17:37:23","modified_gmt":"2026-03-31T17:37:23","slug":"isu-pemandu-mabuk-perlu-pencegahan-berkesan-bukan-hukuman-mati-kasthuri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/03\/31\/isu-pemandu-mabuk-perlu-pencegahan-berkesan-bukan-hukuman-mati-kasthuri\/","title":{"rendered":"Isu pemandu mabuk perlu pencegahan berkesan, bukan hukuman mati \u2013 Kasthuri"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">KUALA LUMPUR 31 Mac \u2013 Pendekatan berasaskan pencegahan dan penguatkuasaan menyeluruh perlu diberi keutamaan dalam menangani isu pemanduan mabuk, tanpa dipolemikkan mengikut garis kaum atau agama.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Setiausaha Antarabangsa DAP, Kasthuri Patto berkata, insiden terbaharu membabitkan pemandu dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga meragut nyawa seorang lelaki tidak berdosa wajar dijadikan pengajaran serius kepada semua pihak.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurutnya, tragedi itu bukan sahaja meragut nyawa, malah meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mangsa yang kehilangan suami dan bapa.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cIni bukan isu kaum atau agama, sebaliknya melibatkan aspek pencegahan, tanggungjawab bersama, hukuman lebih tegas dan penguatkuasaan berkesan,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Dalam pada itu, Kasthuri tidak bersetuju dengan cadangan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mengesyorkan hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Beliau berpendapat cadangan tersebut tidak menyelesaikan punca sebenar masalah selain tidak disokong bukti empirikal.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cPolisi awam perlu berasaskan data, standard antarabangsa dan amalan terbaik, bukan reaksi spontan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Kasthuri berkata, walaupun hukuman lebih berat diperlukan, aspek penguatkuasaan, pendidikan awam dan langkah pencegahan harus diperkasa.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cHukuman hanya berkesan selepas jenayah berlaku, tetapi pencegahan perlu diberi keutamaan sama, jika tidak lebih penting,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Beliau turut mencadangkan Malaysia mencontohi pendekatan negara luar seperti penggunaan alat \u2018alcohol interlock\u2019 yang memerlukan pemandu lulus ujian pernafasan sebelum kenderaan boleh dihidupkan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Selain itu, beliau mencadangkan pelaksanaan sekatan lesen serta kempen pemandu berhemah secara lebih meluas dengan kerjasama industri dan premis hiburan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Kasthuri turut menggesa kerajaan merangka pelan nasional jangka panjang antara lima hingga 10 tahun melibatkan pelbagai pihak termasuk komuniti dan sektor swasta.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Beliau juga mencadangkan pelaksanaan sekatan jalan raya secara berkala tanpa notis serta penggunaan kamera badan dalam kalangan penguat kuasa bagi meningkatkan integriti bukti.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Dalam masa sama, beliau mengkritik sikap segelintir pihak yang berkongsi lokasi sekatan jalan raya di media sosial kerana ia menjejaskan usaha penguatkuasaan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cIni bukan perang terhadap alkohol, tetapi terhadap pemandu tidak bertanggungjawab. Setiap nyawa yang terkorban adalah tragedi bersama,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14989\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14989<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR 31 Mac \u2013 Pendekatan berasaskan pencegahan dan penguatkuasaan menyeluruh perlu diberi keutamaan dalam menangani isu pemanduan mabuk, tanpa dipolemikkan mengikut garis kaum atau agama. Setiausaha Antarabangsa DAP, Kasthuri Patto berkata, insiden terbaharu membabitkan pemandu dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga meragut nyawa seorang lelaki tidak berdosa wajar dijadikan pengajaran serius kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":55219,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-55220","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/55220","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=55220"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/55220\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/55219"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=55220"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=55220"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=55220"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}