{"id":55386,"date":"2026-04-01T12:01:02","date_gmt":"2026-04-01T12:01:02","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/04\/01\/beri-alasan-hantar-check-in-inap-desa-lelaki-berstatus-suami-orang-ditahan-berkhalwat\/"},"modified":"2026-04-01T12:01:02","modified_gmt":"2026-04-01T12:01:02","slug":"beri-alasan-hantar-check-in-inap-desa-lelaki-berstatus-suami-orang-ditahan-berkhalwat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/04\/01\/beri-alasan-hantar-check-in-inap-desa-lelaki-berstatus-suami-orang-ditahan-berkhalwat\/","title":{"rendered":"Beri alasan hantar &#8216;check-in&#8217; inap desa, lelaki berstatus suami orang ditahan berkhalwat"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">PONTIAN 1 April &#8211; Taktik seorang lelaki berstatus suami orang memberi alasan hanya menghantar seorang wanita ke sebuah inap desa (homestay) gagal apabila kedua-duanya ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) awal pagi semalam.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan berusia 30-an tersebut ditangkap di sebuah rumah batu setingkat di daerah ini hasil aduan orang awam melalui panggilan telefon.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Jurucakap JAINJ memaklumkan, pihaknya terpaksa menunggu hampir sejam dan akhirnya memotong mangga gril pintu hadapan selepas penghuni rumah berkenaan enggan memberikan kerjasama.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">&#8220;Pemeriksaan di dalam rumah yang dalam keadaan cahaya samar-samar itu mendapati seorang wanita sedang duduk di sebelah katil di bilik utama dengan berpakaian lengkap seluar serta baju lengan panjang,&#8221; katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan merupakan pemilik inap desa tersebut manakala pasangannya pula berstatus janda yang bekerja di daerah yang sama.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Lelaki itu memberi alasan hanya menghantar wanita terbabit untuk menyewa di situ bagi memudahkan urusan beraya di rumah kawan pada keesokan harinya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Bagaimanapun, pasangan yang bukan muhrim itu tetap ditahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 kerana berkhalwat di tempat sunyi dan tertutup.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Pasangan tersebut kemudiannya dibawa ke pejabat agama untuk tindakan dan siasatan lanjut.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14993\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.mediatelus.com\/detail\/14993<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PONTIAN 1 April &#8211; Taktik seorang lelaki berstatus suami orang memberi alasan hanya menghantar seorang wanita ke sebuah inap desa (homestay) gagal apabila kedua-duanya ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) awal pagi semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan berusia 30-an tersebut ditangkap di sebuah rumah batu setingkat di daerah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":55385,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-55386","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/55386","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=55386"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/55386\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/55385"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=55386"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=55386"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=55386"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}