{"id":55442,"date":"2026-04-01T12:12:47","date_gmt":"2026-04-01T12:12:47","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/04\/01\/cemerlang-tanpa-pt3-upsr\/"},"modified":"2026-04-01T12:12:47","modified_gmt":"2026-04-01T12:12:47","slug":"cemerlang-tanpa-pt3-upsr","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/04\/01\/cemerlang-tanpa-pt3-upsr\/","title":{"rendered":"Cemerlang tanpa PT3, UPSR"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">PUTRAJAYA \u2013 Seramai 13,779 daripada 413,299 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 merekodkan keputusan cemerlang apabila berjaya memperoleh gred A+, A dan A- bagi semua mata pelajaran.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Keputusan yang diumumkan semalam turut menyaksikan Gred Purata Kebangsaan (GPK) peperiksaan itu merekodkan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun sejak 2021 de\u00adngan 4.42 mata.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Lebih membanggakan, mereka merupakan kumpulan pertama yang tidak menduduki peperiksaan utama Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Keputusan itu membuktikan bahawa generasi pelajar hari ini mempu\u00adnyai daya tahan tinggi, termasuk menghadapi cabaran ketika pandemik Covid-19.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, seramai 376 calon memperoleh keputusan cemerlang A+ dalam semua mata pelajaran.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cBilangan calon memperoleh sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran pula seramai 92,347 orang atau 23.76 peratus berbanding 86,040 orang pada 2024.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cCalon yang memperoleh sekurang-kurangnya lulus atau gred E dalam semua mata pelajaran seramai 141,728 orang, berbanding 136,791 orang pada tahun sebelumnya,\u201d katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan SPM 2025 di Kementerian Pendidikan (KPM) di sini semalam.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Bagaimanapun, Mohd. Azam berkata, jumlah calon yang cemerlang A+, A dan A- menurun 0.10 peratus.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cKPM akan meneliti perkara ini dan mengambil tindakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah. Ia bukanlah penurunan yang besar kerana terdapat peningkatan dalam kumpulan kepujian, lulus yang merekodkan pencapaian agak tinggi,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Jelasnya, GPK SPM 2025 turut merekodkan pencapaian terbaik iaitu 4.42 berbanding 4.49 pada 2024, 4.60 (2023), 4.74 (2022) dan 4.86 (2021).<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Secara keseluruhannya, pencapaian calon berdasarkan indeks GPK adalah lebih baik sejak SPM menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah mulai 2021.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cJurang pencapaian calon di bandar dan luar bandar juga semakin mengecil sebanyak 0.04 mata,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">GPK calon bandar adalah 4.40 mata, berbanding 4.47 mata (2024). GPK calon di luar bandar pula 4.81 mata (2025) berbanding 4.92 mata (2024).<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Seramai 7,099 calon pula tidak hadir peperiksaan sekurang-kurangnya enam mata pelajaran kerana bekerja, berpindah ke luar negara, kemalangan dan masalah keluarga.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cAda antara calon yang mempunyai masalah kesihatan, masalah pengangkutan, meninggal dunia selain ada yang ditahan pihak berkuasa.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cJarak masa panjang dari tempoh pendaftaran awal tahun sehingga peperiksaan sebenar pada November turut menyumbang kepada faktor ketidakha\u00addiran calon,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Tambahnya, KPM melakukan pelbagai program intervensi untuk memastikan calon hadir menduduki peperiksaan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cProgram ziarah cakna dengan pergi ke rumah murid dilakukan dengan memberikan panduan dan nasihat kepada ibu bapa dan murid itu sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Di Kajang, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keputusan semalam membuktikan generasi pelajar sekarang mempunyai daya tahan tinggi, termasuk menghadapi cabaran pandemik Covid-19.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cTetapi kita ambil sikap lebih positif, melihat kepada apa yang sedang berlaku dalam konteks pendidikan negara khususnya keputusan ini membuktikan mereka adalah generasi atau kohort anak-anak yang daya tahannya cukup tinggi<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cCalon SPM 2025 unik kerana tidak melalui sebarang peperiksaan sebelum ini.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cNamun mereka membuktikan kemampuan diri untuk mencapai keputusan cemerlang,\u201d katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau Majlis Pengumuman SPM 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang di sini semalam.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2026\/04\/01\/cemerlang-tanpa-pt3-upsr\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/www.kosmo.com.my\/2026\/04\/01\/cemerlang-tanpa-pt3-upsr\/<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA \u2013 Seramai 13,779 daripada 413,299 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 merekodkan keputusan cemerlang apabila berjaya memperoleh gred A+, A dan A- bagi semua mata pelajaran. Keputusan yang diumumkan semalam turut menyaksikan Gred Purata Kebangsaan (GPK) peperiksaan itu merekodkan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun sejak 2021 de\u00adngan 4.42 mata. Lebih membanggakan, mereka merupakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":55441,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-55442","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/55442","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=55442"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/55442\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/55441"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=55442"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=55442"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=55442"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}