{"id":55492,"date":"2026-04-01T16:08:42","date_gmt":"2026-04-01T16:08:42","guid":{"rendered":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/04\/01\/anak-allahyarham-amirul-hafiz-jadi-anak-angkat-mara\/"},"modified":"2026-04-01T16:08:42","modified_gmt":"2026-04-01T16:08:42","slug":"anak-allahyarham-amirul-hafiz-jadi-anak-angkat-mara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/2026\/04\/01\/anak-allahyarham-amirul-hafiz-jadi-anak-angkat-mara\/","title":{"rendered":"Anak Allahyarham Amirul Hafiz jadi anak angkat MARA"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Muhammad Aqif Amsyar, 9, dan Muhammad Afif Izz Rayqal, 7, anak kepada Allahyarham Mohd Amirul Hafiz Omar, 33, yang maut selepas dirempuh sebuah kereta dipandu dalam keadaan mabuk dan di bawah pengaruh dadah dijadikan anak angkat oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Yayasan Pelajaran MARA (YPM).<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inisiatif itu dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan serta tanggungjawab bagi memastikan kebajikan dan pendidikan kedua-dua kanak-kanak berkenaan terus terbela.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Menurutnya, bantuan elaun bulanan sebanyak RM120 seorang akan disalurkan ketika mereka di peringkat sekolah rendah dan akan ditingkatkan kepada RM150 apabila melangkah ke sekolah menengah.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cBantuan ini turut disertai pemantauan berterusan sehingga mereka menamatkan persekolahan,\u201d katanya dalam satu kenyataan di Facebook.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Mohammad Daud Mohd Yusoff serta Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Faisalludin Mohamat Yusuff yang mewakilinya menziarahi keluarga mangsa dan menghulurkan bantuan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, tragedi yang berlaku di Jalan Raya Barat, Klang itu bukan sahaja meragut nyawa seorang bapa, malah meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga yang ditinggalkan.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Beliau turut berkongsi panggilan video bersama ibu arwah, Faridah Ahmad, 56.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cDalam nada penuh sebak, beliau memaklumkan arwah seorang anak yang baik dan sentiasa berusaha membahagiakan keluarga. Kehilangan ini bukan sekadar kehilangan seorang insan, tetapi hilangnya tempat bergantung buat anak-anak yang masih kecil,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">Sehubungan itu, beliau menitipkan kata-kata semangat kepada Muhammad Aqif dan Muhammad Afif agar terus tabah serta belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang lebih baik.<\/p>\n<p style=\"font-size:1.1rem; line-height:1.8; margin:1.2em 0;\">\u201cInsya-ALLAH, MARA akan sentiasa bersama kalian dalam membina masa depan. Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas arwah dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"margin-top:2em; font-size:0.95rem; color:#666;\">\ud83d\udd17 Source: <a href=\"https:\/\/thereporter.my\/anak-allahyarham-amirul-hafiz-jadi-anak-angkat-mara\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">https:\/\/thereporter.my\/anak-allahyarham-amirul-hafiz-jadi-anak-angkat-mara\/<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Muhammad Aqif Amsyar, 9, dan Muhammad Afif Izz Rayqal, 7, anak kepada Allahyarham Mohd Amirul Hafiz Omar, 33, yang maut selepas dirempuh sebuah kereta dipandu dalam keadaan mabuk dan di bawah pengaruh dadah dijadikan anak angkat oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":55491,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3646],"tags":[3645],"class_list":["post-55492","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jnj-media","tag-jnj-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/55492","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=55492"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/55492\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/55491"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=55492"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=55492"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/api.ngakorming.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=55492"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}